Sabtu, 21 Maret 2009



Apa itu Demensia?

Demensia adalah satu penyakit yang melibatkan sel-sel otak yang mati secara abnormal. Hanya satu terminologi yang digunakan untuk menerangkan penyakit otak degeneratif yang progresif. Daya ingatan, pemikiran, tingkah laku dan emosi terjejas bila mengalami demensia. Penyakit ini boleh dialami oleh semua orang dari berbagai latarbelakang pendidikan mahupun kebudayaan. Walaupun tidak terdapat sebarang rawatan untuk demensia, namun rawatan untuk menangani gejala-gejala boleh diperolehi.
 
Symptoms of Dementia

Setiap orang akan mengalami demensia dalam cara yang tersendiri. Gejala-gejala termasuklah:
• Terlupa tarikh-tarikh 
• Selalu tersalah simpan barang-barang 
• Mengulangi soalan 
• Kerap lupa untuk tutup dapur gas atau paip air 
• Susah memikirkan perkataan-perkataan yang sesuai bila menerangkan sesuatu 
• Sukar melakukan kerja-kerja yang sebelum ini dianggap rutin biasa 
• Sesat dalam persekitaran yang dikenali dahulunya 
• Menghadapi masalah memandu 
• Menghadapi masalah membuat keputusan kewangan 
• Perubahan angin (perasaan) termasuk keresahan dan kemurungan 
• Perubahan personaliti seperti peradaban yang kurang sesuai dalam situasi-situasi sosial
Pada peringkat awal, adalah sukar untuk memastikan sama ada terdapat sesuatu yang tidak kena. Adalah satu kebiasaan bagi orang-orang yang terjejas oleh penyakit Alzheimer (salah satu daripada sebab-sebab demensia) untuk menafikan yang mereka sedang menghadapi masalah. Ahli-ahli keluarga mungkin akan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Adalah penting untuk mendapatkan bantuan secepat yang mungkin kerana perubatan boleh membawa kesan yang lebih baik sekiranya dapat dilaksanakan pada peringkat awal.

Pada peringkat pertengahan, penyeliaan ke atas aktiviti harian yang tertentu diperlukan. Perubahan angin personaliti mungkin akan menjadi lebih ketara dan bermasalah. Sebagai contohn, mereka mungkin akan menjadi lebih resah di tengah malam atau akan merayau-rayau dan sesat. Atau mereka akan kehilangan rasa malu mereka, akan berani menanggalkan pakaian di khalayak ramai atau cuba menjalin hubungan seks sumbang.
Pada peringkat yang lanjut, penyakit ini disusuli dengan kemerosotan kognitif yang teruk. Orang yang terjejas akan menjadi acuh tak acuh, keliru dan tidak dapat mengemudi diri dalam rumah sendiri. Orang tersebut juga akan susah mengawal hawa nafsu dan kehilangan pertuturan yang boleh difahami. Akhirnya pada peringkat lanjut ini, mereka yang terjejas tidak dapat menjaga diri sendiri dan akan perlu bantuan dalam semua aspek aktiviti harian.
 
Apakah sebab-sebab Demensia?

Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkangejala-gejala demensia. Kesemuanya menyebabkan kematian sel otak. Terdapat banyak faktor yang mungkin menyebabkan kesan terhadap risiko pembentukan demensia. Ini termasuk faktor umur, gen, alkohol dan kecederaan di kepala. Dua jenis sebab utama yang menyebabkan demensia adalah penyakit Alzheimer dan demensia vaskular.
 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar